Saturday, June 7, 2008

Gajah takutkan tikus?

Gajah takutkan tikus? Memang mitos mengatakan bahawa gajah takutkan tikus. Tp adaka ini benar? Saya masih ingat lagi cerita mengatakan gajah takutkan tikus diceritakan pada saya sewaktu saya kecil lagi. Tp secara berfikir secara logik, saya terfikir kenapa binatang yang besar yang gagah dan berani takutkan haiwan kecil seperti tikus. Tidakkah itu satu soalan yang tidak munasabah. Mengikut legenda yang diceritakan oleh banyak buku, gajah memang takutkan tikus. Suatu ketika saya melihat televisyen, rancangan kegemaran saya MYTHEBUSTED.. melihatkan bahawa sememangnya gajah takutkan tikus. beberapa eksperimen dijalankan menunjukkan bahawa mitos ini adalah benar. mereka membuat satu lubang dalam najis gajah yang kering dan besar dan meletakkan seekor tikus kecil dalam lubang tersebut. lalu diikat pada tali. apabila gajah melalui kawasan najis tersebut, tali akan ditarik dan tikus tersebut dilepaskan. Apabila eksperimen ini dijalan, didapati apabila gajah tersebut melihat tikus, gajah tersebut berundur dan cuba berjalan kehadapan tanpa melalui tikus tersebut. Adakah ini cukup untuk membuktikan bahawa gajah tersebut takutkan tikus? TIDAK, kemungkinan gajah tersebut berundur kerana terperanjat najisnya bergerak. ini juga merupakan satu kemungkinan. Eksperiment kedua dijalankan tanpa tikus didalam najis tersebut. dan amat memeranjatkan bahawa gajah sama sekali tidak menghiraukan najisnya bergerak malah gajah tersebut terus maju kehadapan. Seterusnya, eksperiment ketiga dijalan dgn meletakkan tikus semula ke dalam najis tersebut dan kali ini gajah tersebut berundur juga dan tidak melalui kawasan tikus tersebut. Maka terbukti bahawa gajah takutkan tikus. Walau bagaimana pun, eksperiment ini tidak menunjukkan apa yang dikatakan dalam buku cerita mitos bahawa gajah akan bertempik apabila melihat tikus. tp pada pendapat saya, apa yg ingin disampaikan oleh mitos tersebut adalah gajah memang takutkan tikus. :-) Note: BUkan gajah saja takutkan tikus, manusia pun takutkan tikus. Hehehehe

No comments: