Monday, June 9, 2008

JANGAN GUNAKAN TELEFON BIMBIT ANDA KETIKA HUJAN KILAT

BERHATI-HATI.. Apabila anda berada di luar rumah. pastikan anda menutup telefon anda apabila keadaan cuaca hujan dan berkilat. Saya baru ja terima msg dari my sis. Dia disambar kilat ketika menungu bas. thanks god x ada apa-apa berlaku dengan dia. dia terkena renjatan elektrik lebih kurang 15 minit. Itu suda menjadi pengajaran kepada saya dan anda supaya tidak mengunakan telefon bimbit ketika anda berada di bawah hujan lebat.

Sunday, June 8, 2008

Balik kampung :-)

Memang happy kalau dapat balik kampung. Saya baru ja balik dari kampung semalam. Tiada yang lebih happy selain dapat balik kampung dan jumpa dengan family kat kampung. Actually, kampung saya tak jauh dari di mana saya bekerja. Tapi oleh kerana banyak sekali kerja yg hendak dilakukan susa saya nak balik ke kampung. Banyak benda da berubah di kampung. Seolah-olah sia suda lama tak balik kampung. Jalan d kota belud yang dulunya sesak sekarang kira da ok da sebab telah diperbesarkan, dan roundabout telah ditambah. Sampai di kampung banyak benda juga da bertambah. Terutamanya anjing-anjing saya yang cute-cute dan tidak pandai tinggi-tinggi. Ketiga-tiga mereka da beranak, jadi tokey anjing la kiranya: si putih 6 ekor duku (anak anjing), palakis 3 ekor and zidan 1 ekor. Comelnya tp malangnya saya terlupa membawa kemera saya hari itu. Rusa kami (bamboo) juga telah bertambah besar. Tanduknya suda mencecah 2 inci. percaya tidak, bamboo sangat jinak. best dapat main dengan rusa. Rumah kami yang tidak pandai siap ada juga peningkatan sedikit. :-) rasanya tingal1 tahun 6 bulan siap la tu. waaa... i miss my village. tak sabar nak balik lagi nak tengok rumah..

Saturday, June 7, 2008

Gajah takutkan tikus?

Gajah takutkan tikus? Memang mitos mengatakan bahawa gajah takutkan tikus. Tp adaka ini benar? Saya masih ingat lagi cerita mengatakan gajah takutkan tikus diceritakan pada saya sewaktu saya kecil lagi. Tp secara berfikir secara logik, saya terfikir kenapa binatang yang besar yang gagah dan berani takutkan haiwan kecil seperti tikus. Tidakkah itu satu soalan yang tidak munasabah. Mengikut legenda yang diceritakan oleh banyak buku, gajah memang takutkan tikus. Suatu ketika saya melihat televisyen, rancangan kegemaran saya MYTHEBUSTED.. melihatkan bahawa sememangnya gajah takutkan tikus. beberapa eksperimen dijalankan menunjukkan bahawa mitos ini adalah benar. mereka membuat satu lubang dalam najis gajah yang kering dan besar dan meletakkan seekor tikus kecil dalam lubang tersebut. lalu diikat pada tali. apabila gajah melalui kawasan najis tersebut, tali akan ditarik dan tikus tersebut dilepaskan. Apabila eksperimen ini dijalan, didapati apabila gajah tersebut melihat tikus, gajah tersebut berundur dan cuba berjalan kehadapan tanpa melalui tikus tersebut. Adakah ini cukup untuk membuktikan bahawa gajah tersebut takutkan tikus? TIDAK, kemungkinan gajah tersebut berundur kerana terperanjat najisnya bergerak. ini juga merupakan satu kemungkinan. Eksperiment kedua dijalankan tanpa tikus didalam najis tersebut. dan amat memeranjatkan bahawa gajah sama sekali tidak menghiraukan najisnya bergerak malah gajah tersebut terus maju kehadapan. Seterusnya, eksperiment ketiga dijalan dgn meletakkan tikus semula ke dalam najis tersebut dan kali ini gajah tersebut berundur juga dan tidak melalui kawasan tikus tersebut. Maka terbukti bahawa gajah takutkan tikus. Walau bagaimana pun, eksperiment ini tidak menunjukkan apa yang dikatakan dalam buku cerita mitos bahawa gajah akan bertempik apabila melihat tikus. tp pada pendapat saya, apa yg ingin disampaikan oleh mitos tersebut adalah gajah memang takutkan tikus. :-) Note: BUkan gajah saja takutkan tikus, manusia pun takutkan tikus. Hehehehe

Friday, June 6, 2008

Minyak oo Minyak.. :-(

Haii suma.. slamat pagi slamat petang slamat malam. so whatzz up? :-p. 2 hari yang lalu minyak kereta naik harga secara drastik. adui.. sengsaranya nak bawa kereta skrg bagus beli basikal lagi senang. tp macam mana nak naik basikal kalau nak jalan 120km alamat 2-3 hari baru sampai. kalau sampai bagus la. ni kalau tak sampai-sampai.. jangan tanya...susah nak jawab. rasanya nak guna motor balik tp skrg ni musim tak menentu, kadang hujan kadang panas. tak dapat agak da. kalau hujan camna. basah kuyup la namanya. ni suma pasal harga minyak dunia naik. jangan nak salahkan kerajaan ja, buat pengetahuan adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak minyak dunia dah naik, tu sebabnya harga minyak naik. kita harus rasa thanks dgn goverment sebab da bagi kita subsidi minyak. negara kita kira ok lagi jika dibandingkan dgn negara lain. minyak melambung naik. ble dapat darah tinggi. hari ni saya baru ja servis kereta, dah guna duit lagi. semua la guna duit.selepas servis kereta, saya terus install carbine dalam kereta saya. My dad suggest it to me. dad kata bgs untuk engine maintanace then jimatkan minyak sampai 35%. ni la nak cuba nie. harap memang jimatkan minyak dapat juga save duit sikit utk beli makanan. (abang da pokai skrg nie duit habis pg kereta rasanya sebulan ni kena makan megi n bread ja la :-) ) Tp saya rasa macam ok la carbine nie, first abang buat top overhaul untuk treatment engine, then tuang oil treatment kat motor oil. dapat rasa perbezaan dia mana pickup kereta saya lebih ok. so nnt kalau betul memang jimatkan minyak, abang akan rekomen kat korang suma. maybe in next blog abang bgtau. :-). Abang da lapar nie. nak masak meggi jap. :-(. ok la. see u next time.

All about me

haii.. haii suma. rasa excited pula nak mulakan blog nie. saja tempat nak buang boring, nak share cerita dgn korang suma, nak dgr cerita dari anda suma. jangan tak komen tau. Ok la... jum kita berkenalan. abang dipanggil Jimmy. asal dari kg. piasau kota belud. banyak kuda tau kat kota belud. byk pahlawan bajau kat sana suka naik kuda. ada tamu besar lagi. nnt next time kita jalan-jalan d kota belud oo. :-). suka makan nasi minum air jernih.. tak kisahlah yang penting rasa kenyang. for me quality doesnt matter, quantity tu penting. tp abang tak gemuk tau. cuma berisi sikit. :-) Abang memang berasal dari kampung. dilahirkan d kampung. bertani dah menjadi pekerjaan abang suatu masa dahulu sebelum abang lanjutkan pelajaran abang d tempat org. Kalau nak cerita pasal abang suatu masa dahulu, abang serba kekurangan. nak harap duit mak bapa memang x cukup so abang byk berusaha demi mencapai cita-cita abang. abang percaya satu hal kalau ada usaha yg gigih tiada yang mustahil. yang penting tu effort. Kalau ditanya pasal saya minat apa... abang minat motor. modified and bawa laju-laju. Tp jarang da bawa motor skrg ni cos motor da tukar tangan. adik saya yang bawa now.. lagi pun kalau difikirkan betul bawa laju dan modified motor x membawa apa-apa faedah cuma kepuasan ja. lagipun skrg ni abang da bawa kereta. kereta kecik ja, cukup untuk abang berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain. skrg ni minat abang da bertukar da, abang suka duit.. hehe byk benda yang abang buat untuk cari duit.. sapa tak sukakan duit. ada duit semua ble jadi tp bukan semuanya boleh tercapai dgn duit. :-) So nak cerita apa lagi oo.. rasanya semua sedikit sebanyak da banyak abang cerita pasal diri abang. hemm kalau ada apa-apa nak tanya ka just leave ur comment kata orang putih. :-). abang pasti reply punya. so anyway boy and girl -->>> have a nice and wonderful day.